Selasa, 14 Ogos 2018 | 11:34am
RAJA Zarith Sofiah Sultan Idris Shah. - Foto fail NSTP

DUN Johor rakam tahniah kepada Permaisuri Johor

ISKANDAR PUTERI: Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor hari ini merakam sembah tahniah kepada Permaisuri Johor Raja Zarith Sofiah Almarhum Sultan Idris Shah sempena hari keputeraan baginda, hari ini.

Ucapan berkenaan dizahirkan Speaker DUN Johor Suhaizan Kaiat sejurus persidangan dewan bermula pada jam 9.30 pagi ini.

“Tahniah dan selamat kepada Duli Yang Maha Mulia Raja Zarith Sofiah Almarhum Sultan Idris Shah sempena hari keputeraan baginda pada 14 Ogos bersamaan 2 Zulhijjah 1439 Hijrah.

“Didoakan semoga permaisuri dilanjut usia dan sentiasa dalam peliharaan Allah Taala,” katanya. – BERNAMA

Berita Harian X