Jumaat, 6 Julai 2018 | 10:17am
Keadaan kebakaran tangki minyak mentah milik Kemaman Bitumen Company yang terbakar di kawasan Perindustrian Teluk Kalong pemandangan dari atas udara. - Foto ihsan Pembaca

Mangsa kebakaran tangki minyak melecur

KEMAMAN: Seorang mangsa melecur dalam kejadian kebakaran membabitkan tiga tangki minyak di kawasan perindustrian Teluk Kalong, petang semalam.

Mangsa, Rosli Muhamad, 42, yang melecur di muka dan tangan kanan dikejarkan ke Hospital Kemaman.

Ketika kejadian, pekerja kontrak itu dipercayai menjalankan kerja penyelenggaraan berhampiran kawasan tangki terbabit.

Bercakap pada sidang media awal pagi tadi, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Terengganu, Penolong Pesuruhjaya, Azlimin Mat Noor, berkata, mangsa kini dirawat di Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu.


Anggota Bomba dan Penyelamat bersiap sedia membantu memadamkan kebakaran sebuah tangki minyak mentah milik Kemaman Bitumen Company yang terbakar di kawasan Perindustrian Teluk Kalong sejak petang semalam. - Foto Ghazali Kori

Dalam pada itu, beliau menafikan berita yang tular berhubung kematian enam pekerja dalam insiden kebakaran itu.

Sementara itu Azlimin berkata, kerja memadam tangki pertama dan kedua berjaya dipadamkan dan kebakaran hanya tinggal beberapa peratus sahaja.


Keadaan terkini kebakaran sebuah tangki minyak mentah milik Kemaman Bitumen Company yang terbakar di kawasan Perindustrian Teluk Kalong sejak petang semalam. - Foto Ghazali Kori

"Kita percaya kedua-dua tangki itu akan dipadamkan sepenuhnya menjelang tengahari ini.

"Kita sedang memberi tumpuan terhadap usaha memadamkan api pada tangki ketiga yang masih terbakar dan kita tidak pasti tempoh yang akan diambil untuk memadamkan kebakaran sepenuhnya, "katanya.

15 dibaca
Berita Harian X