Khamis, 5 April 2018 | 10:41pm
NASI arab dalam buluh seakan-akan lemang, yang menggabungkan selera Melayu dan Arab. - Foto Nurul Shafina Jemenon
PEKERJA menunjukkan cara menyediakan lemang nasi arab di Akademi Darul Huffaz International Tahfiz & Science Academy Malaysia (ADH) di Taman Putra, Kajang. - Foto Nurul Shafina Jemenon
PENGASAS ADH, Sheikh Lokman Shazly Azlanii Zaharin membakar lemang nasi arab di Akademi Darul Huffaz International Tahfiz & Science Academy Malaysia (ADH) di Taman Putra, Kajang. - Foto Nurul Shafina Jemenon
ANTARA pelajar di Akademi Darul Huffaz International Tahfiz & Science Academy Malaysia (ADH) di Taman Putra, Kajang. - Foto Nurul Shafina Jemenon
ADH mempunyai lebih 10 cawangan di dalam dan luar negara termasuk Johor Bahru, manakala di luar negara pula seperti di Mesir dan Kyrgyzstan. - Foto Nurul Shafina Jemenon
ADH menawarkan kursus bahasa Inggeris Cambridge merangkumi 10 gred sebagai pilihan untuk pelajar yang berminat. - Foto Nurul Shafina Jemenon
ADH menawarkan program hafaz al-Quran juga dibuka bagi pelajar seawal usia empat hingga 17 tahun. - Foto Nurul Shafina Jemenon

Lemang nasi arab bantu ADH jana kewangan

KAJANG: Soal dana sering kali menjadi isu utama dalam memastikan sesebuah institusi tahfiz atau sekolah agama mampu untuk terus beroperasi.

Atas sebab itu, institusi sedemikian perlu kreatif dalam kaedah mencari dana seperti mana dilakukan Akademi Darul Huffaz International Tahfiz & Science Academy Malaysia (ADH) di Taman Putra, di sini.

ADH mengambil inisiatif memulakan perniagaan restoran sejak Ramadan tahun lalu, menyediakan juadah utama nasi arab dalam buluh seakan-akan lemang, yang menggabungkan selera Melayu dan Arab.


NASI arab dalam buluh seakan-akan lemang, yang menggabungkan selera Melayu dan Arab. - Foto Nurul Shafina Jemenon

PEKERJA menunjukkan cara menyediakan lemang nasi arab di Akademi Darul Huffaz International Tahfiz & Science Academy Malaysia (ADH) di Taman Putra, Kajang. - Foto Nurul Shafina Jemenon

Pengasasnya, Sheikh Lokman Shazly Azlanii Zaharin, berkata usaha pihaknya itu dilihat sebagai alternatif dalam menampung kos pengurusan institusi milik persendirian itu.

Beliau mengakui institusi tahfiz perlu lebih kreatif untuk berfikir di luar kotak terutama dalam mengembangkan kemampuan kewangan dan tidak semata-mata mengharapkan yuran pelajar untuk menampung kos operasi, pengurusan dan pembelajaran.

"Institusi tahfiz perlu bangkit dan tunjukkan bahawa kita mampu berdikari dan tidak terlalu berharap pada bantuan orang.


PENGASAS ADH, Sheikh Lokman Shazly Azlanii Zaharin membakar lemang nasi arab di Akademi Darul Huffaz International Tahfiz & Science Academy Malaysia (ADH) di Taman Putra, Kajang. - Foto Nurul Shafina Jemenon

"Justeru kami sentiasa mencari peluang perniagaan baharu untuk diterokai dengan keuntungan 100 peratus disalurkan untuk menampung keperluan tahfiz," katanya.

Mengenai fungsi restoran itu, beliau berkata selain bermotifkan perniagaan, ia juga memudahkan ibu bapa kerana menjadi tempat pertemuan ketika menziarahi anak-anak mereka khususnya yang menetap di asrama pada bila-bila masa.

Tawar pengajian akademik seawal empat tahun

Mengulas konsep pengajian di ADH, Sheikh Lokman berkata selain menawarkan silibus akademik penuh, program hafaz al-Quran juga dibuka bagi pelajar seawal usia empat hingga 17 tahun.

Ia termasuk pengajian peringkat tadika dan perkhidmatan transit anak, selain pelajar sekolah rendah dan menengah sama ada secara harian atau berasrama penuh.

"Setakat ini ADH mempunyai lebih 10 cawangan di dalam dan luar negara termasuk Johor Bahru, manakala di luar negara pula seperti di Mesir dan Kyrgyzstan.


ANTARA pelajar di Akademi Darul Huffaz International Tahfiz & Science Academy Malaysia (ADH) di Taman Putra, Kajang. - Foto Nurul Shafina Jemenon

ADH menawarkan program hafaz al-Quran juga dibuka bagi pelajar seawal usia empat hingga 17 tahun. - Foto Nurul Shafina Jemenon

"Bagi pengajian akademik, pelajar cuma diperuntukkan masa sebanyak dua jam setengah setiap hari.

"Bagaimanapun pencapaiannya agak menakjubkan kerana ada kalangan mereka cemerlang dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dengan memperoleh 6A, begitu juga dalam Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)," katanya.

Selain itu beliau berkata, ADH turut menawarkan kursus bahasa Inggeris Cambridge merangkumi 10 gred sebagai pilihan untuk pelajar yang berminat.

INFO:

Akademi Darul Huffaz International Tahfiz & Science Academy Malaysia (ADH)

* Lokasi - Taman Putra, Kajang

* Dibuka pada 2008

* Mempunyai lebih 10 cawangan di Malaysia dan luar negara

* RM 1,400 - yuran bulanan pengajian asrama

* Turut menawarkan kursus bahasa Inggeris Cambridge

Berita Harian X