Sabtu, 3 March 2018 | 12:05am
TUNKU Tun Aminah melancarkan Buku Keunikan Pertandingan Wau Tradisi Kebangsaan Malaysia sambil diperhatikan Setiausaha Kerajaan Johor, Datuk Azmi Rohani (kiri) dan Tee Siew Kiong (dua dari kanan) ketika majlis perasmian Festival Layang-layang Sedunia Pasir Gudang ke-23 di Bukit Layang-layang, Pasir Gudang. - Foto Ernalisa Othman

Tunku Tun Aminah rasmi Festival Layang-Layang

PASIR GUDANG: Tunku Puteri Johor, Tunku Tun Aminah Sultan Ibrahim merasmikan Festival Layang-Layang Sedunia Pasir Gudang (FLLSPG) 2018 kali ke-23 yang diadakan di Bukit Layang-Layang, di sini malam ini.

Turut hadir suaminya, Dennis Muhammad Abdullah.

Hadir sama, Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Perdagangan dan Kepenggunaan negeri, Datuk Tee Siew Kiong dan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Pasir Gudang (MPPG), Hasrin Kamal Hashim.

Sempena majlis itu, Tunku Tun Aminah turut menyempurnakan gimik perasmian festival dengan melancarkan Buku Keunikan Pertandingan Wau Tradisi Kebangsaan Malaysia.

Majlis itu diserikan dengan acara persembahan layang-layang daripada 24 Zon Komuniti Pasir Gudang, persembahan layang-layang bercahaya kebangsaan dan antarabangsa serta persembahan kumpulan Eco World Symphony Drummers (EWSD) dan Eco World Choir (EWC).

Festival lima hari yang bermula sejak Selasa lalu menyaksikan penyertaan dari 45 negara termasuk China, Indonesia, England, Russia, Turki dan Poland.

Festival itu menjadi antara acara pelancongan anjuran kerajaan negeri Johor menerusi Majlis Perbandaran Pasir Gudang (MPPG) dengan kerjasama Tourism Johor, Majlis Pelayang Malaysia dan Persatuan Pelayang Johor.

Berita Harian X