Jumaat, 23 Februari 2018 | 3:39pm

TMJ rasmi Masjid Besar Bandar Seri Alam


TUNKU Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim menarik tirai sebagai gimik perasmian sambil diperhatikan oleh Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin (kiri) dan Pengerusi Jawatankuasa Agama Islam, Abd Mutalip A. Rahim (dua dari kiri) ketika majlis Perasmian Masjid Bandar Seri Alam, Pasir Gudang. - Foto Mohd Azren Jamaludin

PASIR GUDANG: Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim, berkenan merasmikan Masjid Besar Bandar Seri Alam, di sini, hari ini.

Tunku Ismail kemudian berkenan menyempurnakan solat Jumaat bersama lebih 1,000 jemaah di masjid berkenaan yang turut dihadiri,

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, barisan EXCO dan Setiausaha Kerajaan negeri, Datuk Azmi Rohani. Khutbah dan solat Jumaat dibaca serta diimamkan Imam Masjid Besar Bandar Seri Alam, Md Yazid Derus.


TUNKU Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim mengaminkan doa selepas merasmikan dan bersama Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin (kiri) dan Pengerusi Jawatankuasa Agama Islam, Abd Mutalip A. Rahim (dua dari kiri) ketika majlis Perasmian Masjid Bandar Seri Alam, Pasir Gudang. - Foto Mohd Azren Jamaludin

Tunku Ismail kemudian berkenan bersantap tengah hari bersama tetamu dan jemaah sebelum berangkat meninggalkan majlis pada kira-kira jam 2.30 petang.

Pembinaan Masjid Besar Bandar Seri Alam yang boleh memuatkan seramai 1,750 jemaah pada satu-satu masa, bermula pada 2016 dan mula digunakan untuk solat Jumaat, 23 Februari tahun lalu.


TUNKU Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim bersalaman dengan jemaah masjid dan diiringi Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, ketika majlis Perasmian Masjid Bandar Seri Alam, Pasir Gudang. - Foto Mohd Azren Jamaludin

21 dibaca
Berita Harian X