Isnin, 19 Februari 2018 | 4:24pm
SULTAN Ibrahim berkenan berangkat ke Hangar Diraja, Lapangan Terbang Antarabangsa Senai bagi mengucapkan selamat jalan kepada Permaisuri Johor dan paduka anakanda yang akan mengerjakan Umrah di Tanah Suci Mekah serta mengaminkan doa sebelum keberangkatan Raja Zarith Sofiah. - Foto Ihsan Royal Press Office

Permaisuri Johor, anakanda berangkat mengerjakan umrah

JOHOR BAHRU: Permaisuri Johor, Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah, hari ini, berangkat ke Makkah bagi mengerjakan umrah bersama anakanda baginda.

Turut berangkat sama, Tunku Temenggong Johor, Tunku Idris Iskandar Sultan Ibrahim; Tunku Panglima Johor, Tunku Abdul Rahman; Tunku Tun Aminah Maimunah Iskandariah dan suami, Dennis Muhammad Abdullah.

Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar, berkenan berangkat ke Hangar Diraja Lapangan Terbang Antarabangsa Senai bagi mengucapkan selamat jalan kepada Raja Zarith dan anakanda baginda.

Berangkat sama mengucapkan selamat jalan ialah Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail dan isteri, Che' Puan Khaleeda Bustamam serta Tunku Putera Johor, Tunku Abu Bakar.

Pesawat peribadi yang membawa Raja Zarith dan anakanda baginda berlepas pada jam 12 tengah hari.

Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dan Setiausaha Kerajaan Johor, Datuk Azmi Rohani turut hadir mengiringi keberangkatan Permaisuri Johor dan rombongan Diraja di Senai.

194 dibaca
Berita Harian X