Rabu, 31 Januari 2018 | 9:04am
Ketua Polis Daerah Penampang, Deputi Superitenden Mohd Haris Ibrahim ketika ditemui selepas seorang lelaki ditahan dipercayai mengeluarkan kata-kata lucah terhadap pihak polis di Jalan Bundusan, Penampang. - Foto NSTP

Lelaki mabuk ditahan, maki polis

PENAMPANG: Seorang lelaki ditahan selepas dipercayai mengeluarkan perkataan lucah terhadap pihak polis di Jalan Bundusan, di sini, awal pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Penampang, Deputi Superintendan Mohd Haris Ibrahim, berkata kejadian kira-kira jam 3.30 pagi ketika anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Penampang melakukan sekatan jalan raya di situ.

"Ketika polis meminta dokumen pengenalan diri daripada lelaki terbabit untuk pemeriksaan, dia enggan bekerjasama, malah mengeluarkan kata-kata yang agak kasar dan lucah.

"Berikutan itu, lelaki yang dipercayai dalam keadaan mabuk itu kemudian ditahan untuk siasatan lanjut," katanya dalam kenyataan, di sini, hari ini.

Haris berkata, lelaki itu disiasat mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang penjawat awam menjalankan tugas.

28 dibaca
Berita Harian X