Jumaat, 10 November 2017 | 8:56pm
PEGAWAI dan anggota IPD Johor Bahru Utara (JBU) memantau situasi banjir di Kampung Laut Batu 10, Skudai, malam kelmarin. - Foto ihsan Polis Johor Bahru Utara
PEGAWAI dan anggota IPD Johor Bahru Utara (JBU) membantu memindahkan mangsa banjir di Kampung Laut Batu 10, Skudai, malam kelmarin. - Foto ihsan Polis Johor Bahru Utara

Pusat pemindahan Kampung Laut Batu 10 dibuka

JOHOR BAHRU: Sebuah pusat pemindahan di Sekolah Kebangsaan Batu 10, Kampung Laut Batu 10, dekat sini, dibuka bagi menempatkan 18 mangsa banjir akibat hujan lebat petang tadi.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar, Pendidikan dan Penerangan negeri, Datuk Ayub Rahmat, setakat jam 6 petang tadi, mangsa yang dipindahkan itu membabitkan empat keluarga.

"Antara kawasan terjejas membabitkan Kampung Pasir, Kampung Laut Batu 10, di sini, selain Kampung Cahaya Baru, Masai, Kampung Paya dan Kampung Sungai Tiram, Batu 20," katanya.

Ayub juga berkata, tiada pusat pemindahan dibuka bagi kawasan yang terjejas di Kampung Lepau, Pengerang, akibat banjir kilat.

Katanya, punca banjir kilat di kawasan itu adalah disebabkan limpahan air dari tadahan air di tapak projek Kompleks Bersepadu Penapisan Minyak dan Petrokimia (RAPID), Pengerang.

"Pemantauan berterusan oleh agensi dan pejabat daerah akan dijalankan bagi mengawal keadaan semasa," katanya.

12 dibaca
Berita Harian X