Ahad, 5 November 2017 | 6:23pm
MUHAMMAD Amar Wafie Zamri, 11, bermain air dengan menggunakan tikar plastik selepas Kampung Titi Teras dilanda banjir. - Foto BERNAMA

Terkini: Mangsa banjir di Kedah meningkat lebih 1,900 orang

ALOR SETAR: Mangsa banjir di Kedah meningkat kepada lebih 1,900 orang yang ditempatkan di 34 pusat pemindahan sementara apabila empat daerah di negeri ini dinaiki air.

Selain di Kuala Muda, Yan dan Kulim, sebuah lagi daerah iaitu di Baling turut dinaiki air sejak tengah hari tadi.

Pengarah Pertahanan Awam Negeri Kedah, Leftenan Kolonel (PA) Mohd Zul Khairi Shamsuddin berkata, secara keseluruhan seramai 1,906 mangsa banjir direkodkan dari 529 keluarga sehingga jam 4 petang tadi.

Beliau berkata, jumlah mangsa dipindahkan di daerah Kuala Muda adalah seramai 521 orang daripada 168 keluarga di 13 pusat pemindahan sementara.

Mereka dipindahkan ke Surau Kampung Kampung Bongkok membabitkan 60 mangsa dari 16 keluarga; di Dewan Kampung Tengah Padang Temusu pula 8 mangsa, 4 keluarga; Dewan Steang Wam Kowang (23 mangsa,7 keluarga), Surau Kampung Padang Tok Sora (72 mangsa, 27 keluarga), Dewan Kampung Bukit Belah Batu Dua (19 mangsa, 15 keluarga), Dewan Taman Bedong Jaya (80 mangsa, 25 keluarga), Surau Taman Malinja (20 mangsa, 7 keluarga) dan SK Permatang Gedong (33 mangsa, 9 keluarga) yang kesemuanya dibuka jam 9 malam tadi.

"Pusat pemindahan di Dewan Kampung Segantang Garam menempatkan 15 mangsa dari 4 keluarga, manakala Kampung Kilang Makau di Pinang Tunggal (40 mangsa, 10 keluarga), Surau Kampung Haji Ngah di Semeling (100 mangsa, 30 keluarga), Surau Kampung Jawa di Pinang Tunggal (26 mangsa, 8 keluarga) dan Kampung Baru di Semeling (25 mangsa, enam keluarga) masing-masing dibuka jam 7 petang semalam," katanya dalam, kenyataannya hari ini.

Mohd Zul Khairi berkata, di daerah Yan pula membabitkan 194 mangsa dan 55 pusat pemindahan iaitu di Tadika Kemas Kampung Perigi 15 mangsa, 9 keluarga; Surau Kampung Teroi Bukit (89 mangsa, 24 keluarga) yang masing-masing dibuka jam 12 tengah malam, manakala Surau Kampung Lubok Boi (24 mangsa, 5 keluarga) dan Surau Kampung Kepala Bukit (66 mangsa, 15 keluarga).

Beliau berkata, di daerah Kulim pula, seramai 1,087 mangsa banjir berpindah di 15 pusat pemindahan sementara di daerah itu termasuk satu di Bandar Baharu.

"Seramai 152 mangsa dari 37 keluarga ke Dewan Masjid Al Muqtadin, Mukim Sungai Seluang; 36 mangsa dari tujuh keluarga dipindahkan ke Dewan Taman Saga Mukim Keladi; 171 mangsa dari 44 keluarga ke SK Taman Selasih, Mukim Keladi; 30 mangsa dari lima keluarga ke Surau Al-Haq, 112 mangsa dari 27 keluarga dipindahkan ke Surau Taman Sang Kancil di Lunas, manakala 29 mangsa dari tiga keluarga dipindahkan ke Dewan Keda Naga Lilit.

"Dalam pada itu, seramai 50 mangsa dari 21 keluarga dipindahkan ke Dewan Masjid Sungai Limau di Lunas, 51 mangsa daripada 16 keluarga ke SK Permatang Tok Dik, Sungai Seluang (83 mangsa, 19 keluarga), 189 mangsa daripada 60 keluarga ke Tadika Kemas Padang Limau; 91 mangsa dari 21 keluarga dipindahkan ke PPS Surau Al-Ikhsan Karangan, 14 mangsa dari tiga keluarga pula dipindahkan di SK Sungai Karangan.

"Pusat pemindahan sementara di Surau Al Husna menempatkan 26 mangsa dari lima keluarga, 28 mangsa di Masjid Selarong Panjang dan 25 lagi dari 6 keluarga dipindahkan di Dewan JKKK Sungai Batu di Bandar Baharu, mulai hari ini," katanya.

Sementara itu, seramai 104 mangsa dari 19 keluarga di Mukim Bakai, Baling pula dipindahkan di PPS Masjid Kuala Bakong, bermula hari ini berikutan kawasan mereka mula dinaiki air ekoran hujan lebat sejak semalam.

Berita Harian X