Isnin, 4 September 2017 | 11:58am
PANGLIMA 2 Briged, Brig Jen Datuk Mohd Nizam Jaffar (tiga Kanan) bersama anggota melapah daging korban di Majlis Ibadah Korban dan Aqiqah di Kem Remilies 2 Briged Ipoh. - Foto L.Manimaran

Markas 2 Briged korban 8 lembu

IPOH: Lapan ekor lembu dikorbankan oleh warga Markas 2 Briged Tentera Darat Malaysia (TDM) di sini, sempena sambutan Aidiladha sebelum pengagihan daging kepada pegawai dan anggota serta golongan asnaf di sekitar bandar raya.

Panglima 2 Briged, Brig Jen Datuk Mohd Nizam Jaafar, lembu yang dikorbankan adalah sumbangan beberapa individu termasuk Setiausaha Politik Menteri Besar, Datuk Shalimin Ahmad Shafie dan Ketua Bahagian UMNO Ipoh Timur, Datuk Azian Osman.

Mohd Nizam berkata, beberapa lembu turut disumbangkan Pejabat Menteri Besar, Majlis Keselamatan Negara (MKN) Perak dan warga tentera markas berkenaan.

Beliau berkata, program penyembelihan itu antara acara tahunan markas berkenaan.

"Seramai 200 pegawai dan anggota serta Badan Kebajikan Isteri Angkatan Tentera (BAKAT) terbabit dalam acara korban yang bermula seawal jam 8 pagi tadi," katanya ketika ditemui di Surau Al-Faizin Kem Remilies 2 Briged, hari ini.

Beliau berkata, sebahagian daripada daging korban dimasak untuk majlis kenduri bagi pegawai dan anggota yang menjayakan program berkenaan. 

Berita Harian X