Selasa, 29 Ogos 2017 | 3:15pm

KMJ: Sultan Johor pandu kereta roda tiga

JOHOR BAHRU: Kembara Mahkota Johor (KMJ) 2017 yang akan bermula bulan hadapan menyaksikan kelainan tersendiri kali ini apabila Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar memandu kereta beroda tiga buatan Britain.

Mengikut kenyataan dalam laman rasmi Facebook Sultan Ibrahim, kenderaan dikenali sebagai kereta beroda tiga Morgan itu direka khas mengikut spesifikasi baginda.

Kenyataan itu turut memaklumkan, kereta terbabit bukan sahaja unik, malah tidak mempunyai pintu dan bumbung, selain terdapat lambang Kemahkotaan Sultan Ibrahim (SI) yang dipaparkan pada bahagian badan kenderaan itu. 

Seperti tahun sebelumnya, Sultan Ibrahim memandu pernah memandu Prevost Marathon Coach dan trak Mack, kali ini sudah pasti kereta beroda tiga itu akan menjadi tumpuan ramai ketika berlangsungnya KMJ 2017.

KMJ bakal berlangsung pada bulan hadapan bermula 9 hingga 12 September dengan jarak perjalanan 808 kilometer dan Sultan Ibrahim akan menjelajah ke 10 buah daerah di Johor termasuk pulau di Taman Laut Sultan Iskandar.

SULTAN Johor, Sultan Ibrahim Iskandar buat julung kalinya berkenan memandu kereta roda tiga buatan Britain yang direka khas untuk baginda dan akan dipandu sendiri Tuanku pada Kembara Mahkota Johor (KMJ) 2017 yang akan berlangsung bulan hadapan. - Foto ihsan Royal Press Office

Berita Harian X