Khamis, 13 Julai 2017 | 3:01pm

Laluan ke Taman Tasek Utama ditutup mulai Isnin


KETUA Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik negeri, Supritendan Mohd Sham Abdullah. - Foto Khairunisah Lokman

MELAKA: Jalan ke Taman Tasek Utama di persimpangan Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), Ayer Keroh di sini, akan ditutup pada Isnin hingga Selasa minggu depan bagi kerja pembinaan jejantas.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik negeri, Superintendan Mohd Sham Abdullah, berkata penutupan bermula pada jam 9 pagi Isnin hingga jam 7 pagi keesokannya.

Katanya, pengguna jalan raya dari arah Jasin ke Taman Tasek Utama yang melalui persimpangan MITC boleh menggunakan laluan alternatif seperti di persimpangan Botanikal dan pusingan U di Pejabat Pos Ayer Keroh di sini.

"Pengguna dari Plaza Tol Ayer Keroh boleh menggunakan laluan persimpangan Taman Botanikal untuk ke Taman Tasek Utama/MITC.

"Bagi yang datang dari arah pusat bandar ke Plaza Tol Ayer Keroh pula boleh menggunakan laluan alternatif Jalan Ayer Keroh Lama dan susur masuk ke Pasaraya Mydin," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

830 dibaca
Berita Harian X