Khamis, 25 Julai 2019 | 12:50pm

UMNO, PAS meterai piagam dan MoU 14 September

UMNO, PAS meterai piagam dan MoU 14 September

Oleh Rohaniza Idris

roha@bh.com.my

KUALA LUMPUR: UMNO dan PAS memuktamadkan kerjasama antara kedua-dua parti melalui pemeteraian piagam dan memorandum persefahaman (MoU) yang akan diadakan pada 14 September depan.

Piagam dan MoU itu akan ditandatangani sendiri presiden kedua-dua parti dan majlis itu akan dihadiri semua pemimpin UMNO serta PAS dari seluruh negara.

“UMNO dan PAS sudah mencapai kata sepakat untuk bekerjasama antara satu dengan lain dalam mengharungi cabaran arus perdana politik tanah air.

“Untuk itu, kedua-dua parti sudah memuktamadkan dan akan memeterai satu piagam bersama serta MoU yang siap digubal satu jawatankuasa bersama diwujudkan sebelum ini.

“Kedua-dua parti juga bersetuju mengadakan satu majlis menandatangani piagam itu pada 14 September di Dewan Merdeka , Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC),” kata kenyataan bersama Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa dan Setiausaha Agung PAS, Datuk Seri Takiyuddin Hassan, dikeluarkan di sini, hari ini.

Berita Harian X