Sabtu, 13 April 2019 | 6:41pm
ANGGOTA polis mengawal di pusat penjumlahan rasmi undi di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Bandar Sri Sendayan, Seremban. - Foto BERNAMA

PRK Rantau: Kiraan undi bermula

SEREMBAN: Proses pengiraan undi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau, kini bermula.

Setakat jam 6.06 petang tadi, calon Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Mohamad Hasan, mendahului dengan 113 undi menerusi tiga peti undi.

Calon Pakatan Harapan (PH), Dr S Streram, mendapat 10 undi manakala dua calon Bebas, Mohd Nor Yassin dan R Malavizhi belum mendapat undi.

Keputusan tidak rasmi itu dipaparkan di pusat penjumlahan rasmi undi di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Bandar Sri Sendayan, di sini.

1562 dibaca
Berita Harian X