Sabtu, 13 April 2019 | 7:45am

Hari penentuan PRK DUN Rantau

SEREMBAN: Sebanyak 14 pusat pengundian bagi pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau dibuka mulai jam 8 pagi ini, bagi membolehkan 20,793 pengundi berdaftar menunaikan tanggungjawab mereka.

Semua pusat pengundian dengan 53 saluran akan ditutup pada jam 5.30 petang.

Seramai 110 pengundi awal di DUN Rantau sudah menjalankan tanggungjawab masing-masing pada Selasa lalu.

Proses penjumlahan undi akan dilakukan di Dewan Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Bandar Sri Sendayan sebaik proses pengundian tamat pada jam 5.30 petang ini.

Tempoh rasmi berkempen bermula sejak 30 Mac lalu dan berakhir pada jam 11.59 malam tadi.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Azhar Azizan Harun, berkata seramai 515 petugas dilantik untuk mengendalikan proses PRK DUN Rantau.


Anggota keselamatan dan petugas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bersiap sedia awal pagi sempena hari mengundi bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau di Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Sri Sendayan. - NSTP/Hasriyashah Sabudin

Anggota polis mula mengawal pintu masuk pusat pengundian di Sekolah Kebangsaan Nyatoh sempena hari mengundi bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau. - NSTP/Adzlan Sidek

Pengundi menyemak saluran mengundi di pusat pengundian SJKT Rantau pada Pilihan Raya Kecil DUN Rantau. - NSTP/Saifullizan Tamadi

Beliau menjangkakan lebih 70 peratus pengundi keluar mengundi manakala keputusan penuh PRK DUN Rantau boleh diketahui selewat-lewatnya jam 10 malam.

PRK DUN Rantau menyaksikan pertandingan empat penjuru membabitkan calon Pakatan Harapan (PH) dari PKR, yang juga pakar bius, Dr S Streram, bekas Menteri Besar Negeri Sembilan yang juga penyandang kerusi DUN Rantau, Datuk Seri Mohamad Hasan dari Barisan Nasional (BN) dan dua calon bebas, R Malarvizhi serta Mohd Nor Yassin.

Ia adalah PRK ketujuh selepas Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) pada Mei 2018, dengan yang pertama diadakan di DUN Sungai Kandis pada 4 Ogos, DUN Balakong dan DUN Seri Setia (8 September), Parlimen Port Dickson (13 Oktober), Parlimen Cameron Highlands (26 Januari) dan DUN Semenyih (2 Mac).

2356 dibaca
SEBANYAK 14 pusat pengundian bagi pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau dibuka mulai jam 8 pagi ini, bagi membolehkan 20,793 pengundi berdaftar menunaikan tanggungjawab mereka. - Foto BERNAMA
Anggota polis mula mengawal pintu masuk pusat pengundian di Sekolah Kebangsaan Nyatoh sempena hari mengundi bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau. - NSTP/Adzlan Sidek
Pengundi pertama yang juga calon Bebas, R Malarvizhi di Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Chung Hua, Rantau. - NSTP/Iqmal Haqim Rosman
Orang ramai mula beratur di pusat pengundian SJKT Rantau pada PRK DUN Rantau. - NSTP/Saifullizan Tamadi
Proses mengundi di Sekolah Kebangsaan Nyatoh, Rantau sempena PRK DUN Rantau. - NSTP/Adzlan Sidek
Warga emas turut hadir menunaikan tanggungjawab mengundi bagi PRK DUN Rantau di Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Sri Sendayan. - NSTP/Hasriyashah Sabudin
SEREMBAN 13 APRIL 2019. Proses membuang undi di Sekolah Kebangsaan Nyatoh, Rantau sempena Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau. STR/ADZLAN SIDEK
Orang ramai beratur sempena hari mengundi bagi PRK DUN Rantau di Sekolah Kebangsaan Nyatoh, Rantau, Negeri Sembilan. - NSTP/Adzlan Sidek
Berita Harian X