Rabu, 6 March 2019 | 12:43pm
Pengerusi SPR, Azhar Azizan Harun bersama Pegawai Pengurus Pilihan Raya Kecil DUN N27 Rantau, Mohd Nizam Tajul Arus melihat peta kawasan ketika sidang media Pilihan Raya Kecil PRK DUN N27 Rantau, Negeri Sembilan di Putrajaya. - NSTP/Mohd Fadli Hamzah

PRK DUN Rantau 13 April, penamaan calon 30 Mac

PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini mengumumkan pilihan raya kecil (PRK) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau, Negeri Sembilan akan diadakan pada 13 April depan manakala hari penamaan calon ialah pada 30 Mac ini.

Pengerusi SPR, Azhar Azizan Harun, mengumumkan tarikh berkenaan pada sidang media selepas akan mengadakan mesyuarat khas berkaitan urusan PRK DUN N27 Rantau, sebentar tadi.

PRK DUN Rantau diadakan selepas Mahkamah Persekutuan pada 18 Februari lalu menolak petisyen difailkan Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan untuk mengetepikan keputusan Mahkamah Pilihan Raya Seremban, pada 16 November tahun lalu yang mengisytiharkan kemenangan beliau bagi DUN Rantau, terbatal dan tidak sah.

Pada 29 November tahun lalu, Mohamad memfailkan rayuan terhadap keputusan berkenaan.

Calon PKR bagi DUN Rantau pada PRU-14, Dr S Streram merangkap Naib Ketua PKR Cabang Rembau, memfailkan petisyen pada 23 Mei tahun lalu untuk membatalkan keputusan SPR yang mengisytiharkan Mohamad memenangi kerusi DUN Rantau.

1212 dibaca
Berita Harian X