Ahad, 30 Disember 2018 | 6:45pm
TIMBALAN Presiden BERSATU, Datuk Seri Mukhriz Mahathir menyampaikan ucapan penangguhan pada Perhimpunan Agung Tahunan BERSATU di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC). - Foto AIZUDDIN SAAD

Ahli UMNO sertai BERSATU perlu ada rasa bersalah, rendah diri

PUTRAJAYA: Ahli UMNO perlu ada rasa bersalah dan sedar diri atas kesalahan mereka dan parti mereka jika mahu menyertai BERSATU dan Pakatan Harapan (PH).

Timbalan Presiden BERSATU, Datuk Seri Mukhriz Mahathir, berkata golongan itu tidak boleh memandang BERSATU sebagai parti kecil, tidak berpengaruh dan tidak berkuasa sehingga memerlukan kemasukan ahli parti pembangkang itu untuk mengukuhkan parti.


DATUK Seri Mukhriz Mahathir mencium tangan Pengerusi BERSATU, Tun Dr Mahathir Mohamad selepas menyampaikan ucapan penangguhan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC). - Foto AIZUDDIN SAAD

"Sedarlah sedikit kesilapan dan kesalahan oleh parti anda sebelum ini, terutama kepada kami di BERSATU. Kalau ada hasrat nak masuk parti, paling penting dan awal yang perlu dibuat adalah minta maaf dulu kepada rakyat dan BERSATU.

"Kadang-kadang saya nampak macam tiada rasa bersalah langsung. Sudah bertanding, menang tapi kalah secara keseluruhan, senang-senang nak masuk BERSATU.

"Tidak bolehlah macam itu. Sekurang-kurangnya sedarlah diri sedikit, rendahkan diri dan bermuhasabah diri sedikit. Ukur baju di badan sendiri," katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan penangguhan pada Perhimpunan Agung Tahunan BERSATU Kali Kedua 2018 di sini, hari ini.

317 dibaca
Berita Harian X