Sabtu, 29 Disember 2018 | 10:53pm
Jemputan khas, Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Penasihat DAP, Lim Kit Siang tiba di Majlis Perasmian Perhimpunan Agung Tahunan BERSATU kali ke-2 di PICC Putrajaya. - NSTP/Eizairi Shamsudin
Ahli BERSATU, Datuk Seri Mustapa Mohamed tiba di Majlis Perasmian Perhimpunan Agung Tahunan BERSATU kali ke-2 di PICC Putrajaya. - NSTP/Eizairi Shamsudin

Beberapa pimpinan parti komponen PH perhimpunan agung tahunan BERSATU

PUTRAJAYA: Beberapa pemimpin parti komponen Pakatan Harapan (PH) hadir pada majlis perasmian Perhimpunan Agung Tahunan (PAT) kali kedua Parti Pribumi Malaysia Bersatu Malaysia (BERSATU) di PICC di sini, malam ini.

Mereka adalah Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim; Penasihat DAP Lim Kit Siang; Naib Presiden AMANAH Hasanuddin Mohd Yunus; Timbalan Presiden Parti Warisan Sabah Datuk Darell Leiking dan Setiausaha Agung AMANAH, Mohd Anuar Tahir.

Turut hadir ahli baru BERSATU, Ahli Parlimen Jeli, Datuk Seri Mustapa Mohamed dan Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsudin.

Sementara itu, Setiausaha Agung BERSATU, Datuk Marzuki Yahya dalam ucapannya berkata, setakat ini, BERSATU sudah membentuk 165 bahagian.

Menurutnya, pada PAT kali pertama, hanya 137 bahagian ditubuhkan.

“Sejak lima bulan lalu, kita berjaya menubuhkan 1,026 cawangan. Bagi mencapai sasaran sebanyak 6,097 cawangan, saya gesa semua ahli bekerja keras untuk pastikan sasaran ini tercapai,” katanya.

751 dibaca
Berita Harian X