Ahad, 28 Oktober 2018 | 4:50pm

Penyokong calon bertumbuk di Tanjong Karang

TANJONG KARANG: Pemilihan PKR Cabang Tanjong Karang yang berlangsung Dewan Orang Ramai Kampung Sungai Gulang-Gulang di sini hari ini kecoh apabila penyokong dua calon Ketua Cabang bergaduh kerana berebut pengundi.

Difahamkan, kejadian berlaku apabila penyokong calon yang bertanding masing-masing cuba memujuk pengundi di pintu masuk, namun keadaan menjadi luar kawalan sehingga membawa kepada tumbuk-menumbuk serta berbaling kerusi.

Pergaduhan itu berlaku hampir seminit sebelum berjaya dileraikan oleh pihak polis dan ahli parti.

Tinjauan NSTP mendapati pihak polis melakukan kawalan ketat di sekitar kawasan dewan, termasuk menempatkan anggota di kedua-dua khemah yang menempatkan calon ketua cabang.

KEKECOHAN sesama ahli di luar dewan mengundi bagi pemilihan Cabang Tanjong Karang menyebabkan proses pengundian menjadi kecoh. - NSTP/Faliq Lajim
Berita Harian X