Sabtu, 13 Oktober 2018 | 6:47pm
CALON Pakatan Harapan, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika meninjau pusat mengundi PRK Parlimen Port Dickson di Sekolah Kebangsaan Teluk Kemang, Port Dickson. - NSTP/Muhd Zaaba Zakeria

Anwar mendahului 6 pencabar

PORT DICKSON: Calon Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim, terus mendahului enam pesaingnya pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Port Dickson.

Keputusan tidak rasmi yang dipaparkan di Bilik Gerakan Utama PH setakat jam 6.50 petang, menyaksikan Anwar memperoleh 10,614 undi diikuti calon PAS, Lt Kol (B) Mohd Nazari Mokhtar, mendapat 3,087 undi.

Bekas Menteri Besar Negeri Sembilan, Tan Sri Isa Samad yang bertanding atas tiket Bebas pula memperoleh 1,264 undi manakala bekas pembantu peribadi Anwar, Mohd Saiful Bukhari Azlan mendapat 55 undi.

Calon Bebas lain, Stevie Chan mendapat 128 undi, Lau Seck Yan (83), Kan Chee Yuen (62).


PETUGAS Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tiba bersama peti undi yang pertama di Pusat Penjumlahan Rasmi Undi Pilihan Raya Kecil Parlimen P132 di Dewan Majlis Perbandaran Port Dickson. - NSTP/Iqmal Haqim Rosman
20 dibaca
Berita Harian X