Isnin, 8 Oktober 2018 | 11:57pm
GUAN Eng ketika berucap sempena Ceramah Mega Mahathir-Anwar Gandingan Mantap Harapan Malaysia di PD Waterfront di Port Dickson, malam ini. - NSTP/Hazreen Mohamad

'Jangan emosi dengan serangan kempen'

PORT DICKSON: Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng, mempertahankan Datuk Seri Anwar Ibrahim, layak bertanding sebagai calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Port Dickson selepas mendapat pengampunan penuh Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V.

“Kita janganlah emosi dengan melihat kepada serangan kempen yang tidak masuk akal langsung.

“Ini termasuk ada yang kata Anwar tak layak bertanding (PRK) sedangkan Yang di-Pertuan Agong pun dah ampunkan (Anwar), apa kita nak minta lagi.

“Takkanlah nak persoalkan kuasa Yang di-Pertuan Agong.

“Tolonglah tumpukan kepada isu rakyat di Port Dickson dan masa depan negara, boleh tak?” katanya berucap sempena Ceramah Mega Mahathir-Anwar Gandingan Mantap Harapan Malaysia di PD Waterfront di sini, malam ini.

16 dibaca
Berita Harian X