Sabtu, 29 September 2018 | 2:38pm
KETUA Pemuda Umno, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki bersalaman dengan Ketua Pemuda PAS, Muhammad Khalil Abdul Hadi pada Persidangan Agung UMNO di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC). - Foto Rosela Ismail

Pemuda PAS hadir Persidangan Pemuda UMNO

KUALA LUMPUR: Persidangan Pemuda UMNO hari ini mencatat sejarah apabila menerima kunjungan balas Ketua Pemuda PAS, Muhammad Khalil Abdul Hadi.

Muhammad Khalil bersama Exconya disambut mesra oleh perwakilan UMNO dan diberi tempat duduk di barisan paling hadapan sebaris dengan jemputan khas yang lain.

Kehadiran Muhammad Khalil dalam persidangan ini sebagai kunjungan balas selepas Ketua Pemuda Umno, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki dan Exconya sebelum ini muncul di majlis perasmian Muktamar Pemuda PAS Ke-59, pada 13 September lalu.

Turut menghadiri persidangan hari ini ialah Ketua Pemuda IKATAN, Shahir Adnan dan Ketua Pemuda MIC, R Thinalan.

UMNO sebelum ini menegaskan hubungannya dengan PAS bukan gabungan politik bersifat tahaluf siyasi, sebaliknya ia dibentuk dalam kerangka gagasan parti pembangkang.

Berita Harian X