Sabtu, 29 September 2018 | 10:52am

Calon Bebas cetus 'drama'

PORT DICKSON: Ibarat hero yang muncul pada minit-minit terakhir, begitu jugalah penampilan seorang calon Bebas yang tiba di pusat penamaan calon di dewan Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD) lima minit sebelum tempoh penyerahan borang berakhir.

Rajendra Ammasi yang memakai baju berwarna merah hati dan dhoti putih, kelihatan agak keliru sebaik memasuki perkarangan MPPD.

Seorang pegawai Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) segera mengiringinya ke dewan pencalonan.

Rajendra kelihatan ingin bercakap kepada media tetapi diminta segera memfailkan pencalonan kerana kesuntukan masa.

Beliau bernasib baik kerana sempat mengemukakan borang pencalonan.

Terdahulu, tujuh calon termasuk Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan bekas Menteri Besar Negeri Sembilan, Tan Sri Isa Samad, menghantar borang pencalonan.

43 dibaca
CALON Bebas, Rajendra Ammasi tiba di pusat penamaan calon di dewan Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD). - Foto Aswadi Alias
Berita Harian X