Sabtu, 29 September 2018 | 10:43am
KETUA Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika mendaftar pada hari penamaan calon bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Port Dickson di Dewan Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD), Port Dickson, Negeri Sembilan. Turut sama, calon Bebas, Tan Sri Isa Samad. - Foto Iqmal Haqim Rosman

Pusat penamaan calon PRK PD ditutup

PORT DICKSON: Pusat penamaan calon bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Port Dickson ditutup tepat jam 10 pagi selepas dibuka pukul 9.00 pagi ini.

Pengumuman itu dibuat Pegawai Pengurus Pilihan Raya, Khairy Maamor di sini.

Setakat ini, seramai lapan calon menyerahkan borang pencalonan termasuk Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dan bekas Anggota Parlimen Jempol, Tan Sri Mohd Isa Samad.

Bagaimanapun keputusan senarai calon yang layak bertanding dijangka diketahui pada pukul 10.30 pagi ini di Dewan Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD) di sini. - BERNAMA

Berita Harian X