Sabtu, 29 September 2018 | 9:43am
ANTARA penyokong yang hadir di bangunan Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD). - Foto Aswadi Alias

PRK PD: Kecoh di depan pusat penamaan

PORT DICKSON: Perarakan ribuan penyokong calon yang bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Port Dickson menyebabkan laluan di hadapan bangunan Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD) sesak teruk dengan masing-masing berhimpit cuba memasuki kawasan larangan.

Kekecohan bermula jam 9 pagi itu berlaku apabila penyokong yang turut disertai kumpulan tarian singa terhimpit di hujung lorong yang disekat polis dan petugas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) apabila mereka yang tidak mempunyai pas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dilarang masuk ke dalam dewan.

Keadaan semakin kecoh apabila kumpulan di hadapan ditolak penyokong yang semakin ramai datang dari belakang.

Hanya calon, wakil calon dan penyokong yang mempunyai pas SPR dibenarkan masuk, menyebabkan suasana menjadi kecoh.

Malah, ada beberapa individu dilihat memanjat tembok dan menjerit supaya masing-masing tidak menolak bagi mengawal keadaan.

Keadaan kembali pulih tidak lama kemudian apabila kumpulan penyokong memahami arahan, seterusnya berpecah ke kawasan sekitar.

11 dibaca
Berita Harian X