Khamis, 27 September 2018 | 10:52pm
YANG Dipertua PAS Kawasan Tenggara, Johor, Leftenan Kololonel (B) Mohd Nazari Mokhtar. - Foto Hairul Anuar Rahim

Mohd Nazari pilihan PAS bagi PRK PD

PORT DICKSON: Yang Dipertua PAS Kawasan Tenggara, Johor, Leftenan Kololonel (B) Mohd Nazari Mokhtar, diumumkan sebagai calon parti itu dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Port Dickson.

Pengumuman dibuat Timbalan Presiden PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man di Markas PAS Bukit Tembok, Pasir Panjang di sini, sebentar tadi.

PRK Parlimen Port Dickson setakat ini menarik minat beberapa pihak lain selain Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, dua parti politik iaitu PAS dan Parti Rakyat Malaysia.

Mereka disertai dua calon bebas iaitu personaliti media sosial Stevie Chan Keng Leong dan bekas Menteri Besar Negeri Sembilan, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad

Kerusi Parlimen Port Dickson dikosongkan oleh penyandangnya Datuk Danyal Balagopal Abdullah, 68, pada 12 September lalu untuk membolehkan Anwar yang baru-baru ini menang tanpa bertanding jawatan Presiden PKR, untuk bertanding dan kembali ke Dewan Rakyat.

Pada Pilihan Raya Umum ke-14, 9 Mei lalu, Danyal memenangi kerusi itu dengan majoriti selesa 17,710 undi mengalahkan calon Barisan Nasional Datuk V S Mogan dan Mahfuz Roslan daripada PAS.

17 dibaca
Berita Harian X