Sabtu, 30 Jun 2018 | 12:30pm
NOH Omar

Noh kekal Ketua UMNO Tanjong Karang

TANJONG KARANG: Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar, mengekalkan jawatan Ketua UMNO Bahagian Tanjong Karang pada Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Tanjong Karang, hari ini.

Noh yang juga Ahli Parlimen Tanjong Karang, menang tanpa bertanding bagi jawatan itu.

Sementara itu, bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang, Datuk Sulaiman Abd Razak mengisi kekosongan kerusi Timbalan Ketua UMNO Bahagian Tanjong Karang.

Jawatan Timbalan Ketua Bahagian sebelum ini disandang ADUN Sungai Burong, Datuk Mohd Shamsudin Lias yang melepaskan jawatan itu.

Bagi jawatan Naib Ketua UMNO Bahagian Tanjong Karang, ia diisi Ketua Cawangan Kampung Pinang, Hashim Zakaria yang turut menang tanpa bertanding.

Berita Harian X