Sabtu, 28 April 2018 | 12:45pm
NIK Omar Nik Aziz. -Foto NSTP

Saya masih ahli PAS - Nik Omar

KOTA BHARU: "Saya masih ahli PAS dan Insya-Allah bertanding sebagai calon pakatan pembangkang," kata Nik Omar Nik Aziz, 53, yang bertanding atas tiket PKR di Dewan Undangan Negeri (DUN) Chempaka.

Ketika ditanya sama ada beliau sudah mendapat restu ibunya, anak kedua Allahyarham Nik Aziz Nik Mat itu enggan mengulas lanjut.

"Ye, Insya-Allah, Insya-Allah," katanya beberapa kali sebelum beredar meninggalkan lokasi pusat penamaan calon di Dewan Bahagian Teknologi Pendidikan Kelantan, Pengkalan Chepa, hari ini.

Difahamkan Nik Omar bergegas ke Hotel Perdana untuk menghadiri sidang media oleh Naib Presiden PAN, Husam Musa.

31 dibaca
Berita Harian X