Jumaat, 17 Mei 2019 | 3:59pm
DR Hassan Basri Awang Mat Dahan(tengah) menerima replika berjumlah RM495,500 daripada Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti, Datuk Dr. Muhammad Nur Manuty pada Majlis Iftar Perdana bersama pelajar UniSZA dan komuniti sekitar, di UniSZA - Foto Mohd Aizat Shamsuddin

Pelajar UniSZA dapat duit raya

KUALA NERUS: Seramai 9,910 pelajar Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) buat kali pertama akan menerima sumbangan duit raya menjelang Aidilfitri tahun ini.

Naib Canselor UniSZA, Datuk Dr Hassan Basri Awang Mat Dahan, berkata sumbangan duit raya itu membabitkan peruntukan keseluruhan RM495,500 yang akan diberikan kepada semua pelajar pengajian diploma dan ijazah

Katanya, setiap pelajar akan menerima duit raya sebanyak RM50 setiap orang termasuk pelajar bukan Muslim.

“Sumbangan duit raya kepada semua pelajar diploma dan ijazah ini julung kali diadakan UniSZA, manakala majlis iftar pula sudah menjadi tradisi UniSZA setiap kali Ramadan.

“Sumbangan duit raya ini mencerminkan komitmen universiti menjaga kebajikan pelajar. Kita juga berhasrat menyuburkan budaya kasih sayang dan berharap pelajar gembira sepanjang belajar di UniSZA” katanya pada Majlis Iftar Perdana bersama pelajar UniSZA dan komuniti sekitar, di sini, malam tadi.

Turut hadir, Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti, Datuk Dr Muhammad Nur Manuty dan Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni, Prof Madya Dr Mohd Afandi Salleh.

466 dibaca
Berita Harian X