Khamis, 10 Januari 2019 | 3:46pm
UNIVERSITI Islam Antarabangsa Malaysia

Presiden baharu UIAM akan ditentukan Sultan Pahang

KUALA LUMPUR: Kerajaan sudah mengemukakan cadangan nama Presiden baharu Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) kepada Ketua Perlembagaan universiti itu, Sultan Ahmad Shah bagi mendapat perkenan baginda.

Menerusi kenyataan media yang dikeluarkan Pejabat Komunikasi, Advokasi dan Promosi UIAM, di sini, hari ini.

Pelantikan itu selaras dengan peruntukan 25(1A) Perlembagaan UIAM (Pindaan 2018).

Menurut kenyataan media itu lagi, perkara berkenaan susulan pelepasan jawatan secara rasmi Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik sebagai Presiden UIAM sebelum ini.

Kenyataan rasmi pelantikan Presiden UIAM baharu kelapan akan dibuat universiti berkenaan selepas mendapat perkenan daripada Sultan Pahang.

202 dibaca
Berita Harian X