Sabtu, 26 Ogos 2017 | 3:13pm
SETIAUSAHA Politik Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Faizul Arby Mohd Shohor berucap di Seminar Didik Rakyat PT3 anjuran YBR-BH di Batu Kurau. - Foto Nor Raidah Awang
PENGARANG Pendidikan BH, Fadzlena Jafar menyampaikan cenderhati kepada Setiausaha Politik Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Faizul Arby Mohd Shohor (kanan) selepas merasmikan Seminar Didik Rakyat PT3 anjuran YBR-BH di Batu Kurau. - Foto Nor Raidah Awang
SETIAUSAHA Politik Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Faizul Arby Mohd Shohor (tiga dari kiri) beramah mesra dengan peserta Seminar Didik Rakyat PT3 anjuran YBR-BH di Batu Kurau. - Foto Nor Raidah Awang
SETIAUSAHA Politik Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Faizul Arby Mohd Shohor (lima dari kiri) bergambar dengan peserta dari tujuh sekolah sekitar daerah Larut Matang dan Selama pada Seminar Didik Rakyat PT3 anjuran YBR-BH di Batu Kurau. Turut sama Pengarang Pendidikan BH, Fadzlena Jafar (empat dari kanan). - Foto Nor Raidah Awang

Contohi kejayaan anak kelahiran Selama

BATU KURAU: Kejayaan anak kelahiran Selama, Nurizzati Athira Mohamad Yusoff, diiktiraf sebagai wanita pertama di Malaysia menceburi bidang kimpalan dalam air yang didominasi lelaki selama ini perlu dijadikan antara contoh terbaik bagi generasi muda hari ini.

Setiausaha Politik Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Faizul Arby Mohd Shohor, berkata pencapaian membanggakan wanita muda itu dalam bidang yang memerlukan kemahiran khusus membuktikan sesiapa sahaja boleh berjaya jika ada kesungguhan dan kemahuan.

"Saya berharap kejayaan bekas pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sungai Bayor itu dapat dijadikan inspirasi kepada golongan muda kerana jika beliau berjaya melakukan sesuatu yang di luar daripada kebiasaan, saya pasti anda juga boleh melakukannya.

"Oleh itu, diharap pelajar dapat menggunakan peluang diberi menerusi seminar ini sebagai langkah pertama dalam mencapai matlamat dan kejayaan pada masa akan datang," katanya ketika berucap pada majlis perasmian Seminar Didik Rakyat Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) di sini, hari ini.

Yang turut hadir ialah Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah (PPD) Larut Matang dan Selama, Khairul Anuar Khalid; wakil Yayasan Bank Rakyat (YBR) merangkap Pengurus Serambi Ilmu Rakyat, Zatul Hasanah Mohamed Radzhuan dan Pengarang Pendidikan BH, Fadzlena Jafar.

Kira-kira 280 pelajar dari tujuh sekolah dalam Parlimen Larut menyertai Seminar Didik Rakyat PT3 anjuran Yayasan Bank Rakyat (YBR) dengan kerjasama BH; Pejabat Pendidikan Daerah Larut Matang dan Selama serta Bank Rakyat cawangan Taiping.

info

Seminar Didik Rakyat PT3:

  • Seminar sehari

  • Tiga mata pelajaran (Matematik, Sains dan BI)
  • Sebahagian daripada program Seminar Bimbingan Peperiksaan BH
  • YBR menganjurkan 50 Seminar Didik Rakyat tahun ini meliputi Ujian Pencapaian Sekolah Rendah, PT3 dan Sijil Pelajaran Malaysia
25 dibaca
Berita Harian X