Jumaat, 8 November 2019 | 8:44pm

Amaran ribut petir di Kedah dan Perak

KUALA LUMPUR: Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka melanda Kedah dan Perak sehingga jam 9 malam ini.

Jabatan Meteorologi dalam kenyataan memaklumkan beberapa kawasan yang dijangka dilanda cuaca berkenaan di Kedah ialah Pendang, Sik dan Baling.

Manakala keadaan sama dijangka turut melanda kawasan Hulu Perak di Perak. – BERNAMA

Berita Harian X