Isnin, 28 Oktober 2019 | 1:52pm
Majlis Perasmian Projek YSS-SME Bank Perpustakaan Mini Kampung Jenderam Hilir, Sabtu lalu. - Ihsan FB YSS

YSS wujudkan sudut perpustakaan di surau

KUALA LUMPUR: Yayasan Sukarelawan Siswa (YSS) dengan kerjasama Kementerian Pendidikan dan Small Medium Enterprise Development Bank Malaysia Bhd (SME Bank) melancarkan sudut perpustakaan di surau di Kampung Jenderam Hilir, Sepang.

Sudut perpustakaan itu berperanan sebagai pusat informasi setempat bagi kawasan yang turut dikenali sebagai Kawasan B 40 itu, selain diharap mampu menjadi tumpuan bagi golongan kanak-kanak.

Penubuhan perpustakaan berkenaan juga selari dengan hasrat Kementerian Pendidikan untuk menuju Negara Membaca menjelang 2030.

Pengerusi YSS, Tan Sri Lee Lam Thye, berkata pemilihan Kawasan B 40 itu dibuat berdasarkan kekangan dihadapi penduduk di situ daripada menikmati kemudahan perpustakaan awam.

“Projek ini juga telah membabitkan Sukarelawan Siswa YSS dari pelbagai institusi pengajian tinggi di Malaysia.

“Seramai 43 pegawai SME Bank turut bersama dalam menjalankan program tanggungjawab sosial korporat (CSR), termasuklah aktiviti mengecat, mural dan pelbagai lagi dalam memastikan projek ini siap dan sedia digunakan oleh masyarakat di situ,” katanya dalam satu kenyataan.

Sementara itu, Ketua Pegawai Strategik Kumpulan SME Bank, Aiza Azreen Ahmad, pula berkata pembacaan boleh meningkatkan taraf hidup masing-masing, berdaya saing dan bergerak dalam dunia berteknologi tinggi.

“Perpustakaan Mini ini berperanan sebagai pusat informasi setempat dan kita berharap perpustakaan ini akan menjadi tumpuan anak-anak di sini sebagai lokasi untuk menimba ilmu,” katanya.

Berita Harian X