Khamis, 10 Oktober 2019 | 9:31pm

Pesawat TUDM terbang rendah di KLCC esok

KUALA LUMPUR: Jangan cemas jika melihat pesawat Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) terbang rendah di sekitar Menara Berkembar PETRONAS mulai pagi esok.

Markas TUDM dalam kenyataan berkata semua pesawat TUDM akan melakukan terbang lintas sempena Eksesais Bersama LIMA yang membabitkan pesawat Hawk 108 milik TUDM serta empat pesawat Typhoon milik Royal Air Force.

“Terbang lintas ini akan dilaksanakan pada 10.15 pagi esok, orang ramai diminta tidak cemas dan risau jika melihat pesawat pejuang terbang rendah di sepanjang tempoh yang dinyatakan,” menurut kenyataan itu. – BERNAMA

Berita Harian X