Selasa, 17 September 2019 | 6:53am
Keadaan jerebu dengan bacaan indeks pencemaran udara (IPU) pada peringkat bahaya iaitu 352 di bahagian Sri Aman pada jam 6 pagi. - Foto ihsan JPBN

IPU Sri Aman capai tahap berbahaya

KUCHING: Satu kawasan di Sarawak mencatat Indeks Pencemaran Udara (IPU) berbahaya apabila Sri Aman mencapai bacaan 352 pagi ini.

Kuching pula masih berada pada tahap sangat tidak sihat dengan bacaan 215.

Pemandangan patung kucing di Jalan Tuanku Abdul Rahman di bandaraya Kuching yang berjerebu dengan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) 245 iaitu 'sangat tidak sihat' . - Foto BERNAMA

Berdasarkan laman sesawang Jabatan Alam Sekitar (JAS) pada jam 6 pagi tadi, lapan kawasan berada pada tahap tidak sihat iaitu Samarahan (162), Sarikei : (148), Sibu (163), Bintulu (128), Mukah (138), Samalaju (114), Institut Latihan Perindustrian Miri (107) dan Miri (125).

Indeks Pencemaran Udara terkini di http://apims.doe.gov.my/public_v2/home.html

Berita Harian X