Khamis, 12 September 2019 | 12:01pm
KEADAAN jerebu di sekitar Pelabuhan Klang dengan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) pada jam 8 pagi adalah 209 iaitu paras sangat tidak sihat. - Foto Faiz Anuar
KEADAAN jerebu di sekitar Pelabuhan Klang dengan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) pada jam 8 pagi adalah 209 iaitu paras sangat tidak sihat. - Foto Faiz Anuar
KEADAAN jerebu melanda di sekitar Kampung Johan Setia, Klang dengan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) pada jam 11 pagi adalah 211 iaitu paras sangat tidak sihat. - Foto Faiz Anuar

Jerebu: Tiga sekolah di daerah Klang diarah bercuti

SHAH ALAM: Tiga sekolah di daerah Klang diarahkan bercuti susulan Indeks Pencemaran Udara (IPU) meningkat ke paras sangat tidak sihat di Johan Setia, hari ini.

Sehingga jam 11 pagi ini, IPU di Johan Setia mencatatkan bacaan 211 iaitu tertinggi di Selangor setakat ini, diikuti Kuala Selangor (140), Klang (136) manakala stesen di Shah Alam mencatatkan bacaan 132, Petaling Jaya (124) dan Banting pula pada paras 121.

Jabatan Pendidikan Negeri Selangor (JPS) dalam satu kenyataan mengesahkan tiga sekolah terbabit adalah Sekolah Kebangsaan (SK) Johan Setia, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Jalan Kebun dan SK Jalan Kebun.

“JPS mengambil maklum isu jerebu yang berlaku di kawasan Johan Setia, Klang.


KEADAAN jerebu di sekitar Pelabuhan Klang dengan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) pada jam 8 pagi adalah 209 iaitu paras sangat tidak sihat. - Foto Faiz Anuar

“Sekiranya pihak sekolah mendapati bacaan IPU di kawasan mereka melebihi 200, pihak sekolah perlu mengambil tindakan selaras dengan Surat Siaran KPM bilangan 1/2019 dengan menutup sekolah serta merta sehingga keadaan kembali pulih.

“Penutupan sekolah tidak menjejaskan pelaksanaan semua jenis peperiksaan termasuk peperiksaan awam dan akan diteruskan seperti dijadualkan,” katanya.

Tinjauan di sekolah di Johan Setia pula mendapati, notis dinaikkan di sekolah yang ditutup bagi memaklumkan ibu bapa dan penjaga murid.

1963 dibaca
Berita Harian X