Ahad, 11 Ogos 2019 | 12:41pm
TUNKU Mahkota Johor, Tunku Ismail Ibrahim dilantik sebagai Pemangku Raja Johor, hari ini. - Foto ihsan Royal Press Office

Tunku Ismail dilantik Pemangku Raja Johor

JOHOR BAHRU: Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Ibrahim dilantik sebagai Pemangku Raja Johor, hari ini.

Menurut Facebook rasmi Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar, baginda berkenan melantik Tunku Ismail bagi jawatan berkenaan dengan majlis lantikannya berlangsung di Istana Pasir Pelangi, pagi tadi.

“Pemangku Raja diberikan kepercayaan oleh Sultan Johor untuk menjalankan tugas dan mentadbir negeri Johor serta mempunyai semua kuasa yang diperuntukkan kepada raja dan boleh digunakan pada bila-bila masa,” titah baginda.


TUNKU Mahkota Johor, Tunku Ismail Ibrahim dilantik sebagai Pemangku Raja Johor, hari ini. - Foto ihsan Royal Press Office

Tunku Ismail adalah anak sulung Sultan Ibrahim dan Permaisuri Johor, Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah.

Tunku Ismail dilantik sebagai Raja Muda Johor pada April 2006 sebelum dilantik sebagai Tunku Mahkota Johor pada Januari 2010.

Pemangku Raja adalah seseorang yang memegang kuasa raja sebagai wakilnya sama ada ketika ketiadaan raja, ketika raja sedang sakit atau raja belum dewasa.

5835 dibaca
Berita Harian X