Jumaat, 2 Ogos 2019 | 7:30pm
Mangsa yang cedera berikutan kejadian lif Blok C PPR Kerinchi terhempas, hari ini. - NSTP/Ihsan Pembaca

PPR perlu audit penyelenggaraan - TPM

KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, audit penyelenggaraan menyeluruh perlu dilaksanakan di semua Projek Perumahan Rakyat (PPR).

Ini susulan kejadian sebuah lif terhempas dan menyebabkan lapan orang termasuk seorang kanak-kanak cedera di PPR Kampung Kerinchi, petang ini.

“Terkejut mendengar insiden lif di pangsapuri PPR Kampung Kerinchi. Semoga diberikan kesembuhan yang sempurna,” katanya dalam catatan menerusi akaun rasmi Twitter beliau, hari ini.

Dr Wan Azizah turut melahirkan simpati terhadap semua mangsa.


Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail. - NSTP/Mohd Fadli Hamzah

Sebuah lif yang dinaiki lapan individu termasuk kanak-kanak terhempas dari tingkat lima ke tingkat bawah di sebuah bangunan PPR Kampung Kerinchi kira-kira jam 2.30 petang tadi. – BERNAMA

Berita Harian X