Jumaat, 19 Julai 2019 | 10:25pm
PERDANA Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berucap pada program Temurapat Majlis Pimpinan Pusat PKR di Port Dickson, hari ini. - Foto Iqmal Haqim Rosman

Itu urusan dia, bukan urusan saya - Dr Mahathir

PORT DICKSON: Tun Dr Mahathir Mohamad menegaskan ketidakhadiran Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Azmin Ali, pada program Temurapat Majlis Pimpinan Pusat PKR di sini, malam ini bukan urusannya.

Perdana Menteri berkata, ia sebaliknya adalah urusan Mohamed Azmin sendiri sama ada ingin hadir atau tidak.

“Itu urusan dia, bukan urusan saya,” katanya ringkas ketika ditemui pemberita selepas berucap di program itu malam ini.

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengapa Menteri Hal Ehwal Ekonomi itu tidak hadir pada sesi pemukiman itu malam ini, yang turut dihadiri Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Program itu turut dihadiri Pengerusi Majlis Penasihat PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail; Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli dan Dr Xavier Jayakumar; Setiausaha Agung PKR, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail serta Pengerusi PKR Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun.

Bagaimanapun, Mohamed Azmin dijangka menyampaikan ucapan pada hari kedua sesi pemukiman itu selain disertai ucapan oleh tujuh Naib Presiden yang lain.

BH sebelum ini melaporkan Mohamed Azmin meminta Anwar bermuhasabah dan mencermin diri sebagai maklum balas terhadap kenyataan Presiden PKR yang memintanya bercuti jika video lucah yang dikaitkan dengannya disahkan asli oleh pihak berkuasa.

Bagaimanapun, Anwar berkata, Menteri Hal Ehwal Ekonomi itu berkemungkinan tidak membaca kenyataannya secara menyeluruh

3053 dibaca
Berita Harian X