Khamis, 18 Julai 2019 | 8:27pm
MENTERI Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali. - Foto Mohd Fadli Hamzah

'Alhamdulillah, syukur'

KUALA LUMPUR: Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, menzahirkan rasa syukur dipercayai merujuk kepada hasil laporan analisis pakar ke atas video lucah yang sebelum ini dikaitkan dengan seorang menteri.

“Alhamdulillah, syukur,” katanya menerusi Twitter rasmi beliau, sebentar tadi.

Terdahulu, Ketua Polis Negara, Datuk Seri Abdul Hamid Bador, dilaporkan berkata analisis pakar ke atas video lucah yang sebelum ini dikaitkan dengan seorang menteri, tidak dapat mengaitkan pelaku dengan ahli politik berkenaan.

Abdul Hamid berkata, proses pengecaman wajah ke atas video lucah itu yang dibuat oleh CyberSecurity Malaysia adalah negatif, walaupun kebarangkalian ketulenan video lucah terbabit adalah tinggi.

“Hasil siasatan Polis Diraja Malaysia (PDRM) juga mendedahkan wujud pakatan jahat yang didalangi seorang pemimpin sebuah parti politik, bertujuan mengaibkan dan menjatuhkan reputasi individu tertentu.

“Video disebarkan dengan tujuan membangkitkan kegusaran masyarakat itu, dihasilkan oleh pihak yang diupah dengan ratusan ribu ringgit,” katanya Abdul Hamid dalam satu kenyataan, di sini, hari ini.

Berita Harian X