Khamis, 18 Julai 2019 | 3:57pm

RUU IPCMC dibentang

KUALA LUMPUR: Rang Undang-Undang (RUU) Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah Laku Polis (IPCMC) 2019 dibentang di Dewan Rakyat, hari ini.

RUU itu dibentangkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Liew Vui Keong.

IPCMC bertujuan menggantikan Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) bagi mempertingkatkan integriti dan keupayaan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

RUU itu menyatakan fungsi IPCMC untuk menggalakkan integriti dalam kalangan anggota polis.

Selain itu, IPCMC berfungsi melindungi kepentingan orang awam melalui pencegahan dan menangani salah laku anggota polis.

IPCMC juga berfungsi membentuk dan mengadakan mekanisme bagi mengawas, menyiasat dan mencegah salah laku anggota polis.

Suruhanjaya itu juga akan menasihatkan kerajaan dan membuat syor berhubung langkah yang sesuai untuk diambil dalam menggalakkan integriti dalam polis.

Selain itu, suruhanjaya berkenaan menjalankan kawalan tatatertib terhadap semua anggota polis mengikut apa saja cara yang diperuntukkan.

110 dibaca
Berita Harian X