Isnin, 15 Julai 2019 | 2:13pm
Pengarang Eksekutif Komersial dan Hal Ehwal Semasa Berita Harian, Datuk Ahmad Zaini Kamaruzzaman (kiri) menyampaikan hadiah utama telefon pintar Huawei P30 Pro kepada pemenang fotografi terbaik, Mohammad Faris Mohd Noor Azmi di Balai Berita NSTP, Bangsar. - NSTP/Nik Hariff Hassan

Jurufoto menang HUAWEI P30 Pro

Kuala Lumpur: “Kamera telefon pintar HUAWEI memang terbaik sekali jika hendak dibandingkan dengan jenama lain kerana ia seperti anda menggunakan kamera sebenar,” kata jurufoto, Mohamad Faris Mohd Noor Azmi, 29, yang berjaya memenangi tempat pertama, Peraduan Fotografi BH Rakam Umpama Pro.

Beliau yang berjaya membawa pulang telefon pintar HUAWEI P30 Pro, berkata menerusi sekeping gambar dihantar iaitu ‘River of Live’ ia berjaya menarik perhatian juri yang menilai keunikan gambar berkenaan.

Katanya, dengan menggunakan fungsi di dalam kamera HUAWEI iaitu ‘slow motion’ dan mengedit warna bagi tambah menarik, gambar yang terhasil lebih cantik walaupun hanya menggunakan telefon pintar HUAWEI.

“Saya menggunakan HUAWEI P10 dan ia juga antara hadiah yang dimenangi dalam satu peraduan pada 2017. Hingga kini apa juga gambar diambil memang menggunakan HUAWEI dan sangat berpuas hati.

“Fungsi kamera jelas, warna yang terang dan mempunyai kelebihan zum sangat baik, menjadikan telefon pintar HUAWEI ini juga mudah dibawa melancong ke mana-mana tanpa perlu membawa kamera sebenar.

“Kamera HUAWEI ini menggunakan teknologi Leica, jadi pada saya itu antara faktor menarik yang membuatkan saya memilih HUAWEI sebagai telefon pintar pilihan,” katanya ketika ditemui pada sesi penyerahan hadiah, di Balai Berita, dekat sini, hari ini.

Hadiah disampaikan oleh Pengarang Eksekutif Komersial dan Hal Ehwal Semasa Berita Harian, Datuk Ahmad Zaini Kamaruzzaman.

Sebanyak 2,503 penyertaan diterima untuk Peraduan Fotografi BH Rakam Umpama Pro yang ditaja oleh HUAWEI Technologies (M) Sdn Bhd bermula dari 6 April hingga 5 Mei lalu.

Tempat kedua dimenangi oleh Riwajatdi Laming dari Sabah yang membawa pulang HUAWEI P30 manakala Muhammad Firdaus Mohd Hadzri, dari Pulau Pinang memenangi tempat ketiga, menerima HUAWEI Nova 4.

Mohammad Faris berkata, menerusi kemenangan itu, beliau semakin bersemangat untuk mencuba dan menangkap gambar lebih menarik dengan menggunakan fungsi kamera P30 Pro ini.

“Setiap kali ingin membeli telefon bimbit, kamera adalah perkara pertama diteliti berbanding fungsi lain kerana menerusi telefon, kenangan boleh diabadikan di situ saja.

“Sudah banyak perbandingan dilakukan dan kejelasan serta fungsi yang ditawarkan oleh HUAWEI tidak sama dengan jenama lain. Terima kasih BH dan HUAWEI,” katanya.

541 dibaca
Berita Harian X