Rabu, 10 Julai 2019 | 10:52am
PERDANA Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad bersalam bersama Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong. NSTP/Mohd Fadli Hamzah

Hsien Loong ucap selamat hari lahir kepada Dr Mahathir

SINGAPURA: Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong, hari ini mengucapkan selamat hari lahir ke-94 kepada rakan sejawatannya di Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad.

“My best wishes to him on his birthday. (Saya doakan yang terbaik buatnya pada hari jadi beliau),” kata Lee dalam hantaran Facebooknya.

Hantaran itu turut memuatkan sekeping gambar beliau dan isteri, Ho Ching, bersama-sama Dr Mahathir dan Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali, ketika pasangan itu melawat Singapura sempena Sidang Kemuncak ASEAN tahun lalu.

“We named an orchid, the Dendrobium Mahathir Siti Hasmah, in their honour. (Kami menamakan bunga orkid Dendrobium Mahathir Siti Hasmah, sebagai penghormatan kepada mereka),” kata Hsien Loong.

Beliau turut mengalu-alukan kedatangan Perdana Menteri Malaysia dan isterinya ke perarakan Hari Kebangsaan republik itu bulan hadapan. - BERNAMA

190 dibaca
Berita Harian X