Selasa, 9 Julai 2019 | 12:26pm
Dr Mahathir ketika menjawab soalan pada sesi dialog bersama Ketua-Ketua Pegawai Eksekutif Industri sempena Persidangan Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) 2019 di Putrajaya, hari ini. - NSTP/Ahmad Irham Mohd Noor

Ambil alih konsesi tol, belum ada keputusan - PM

PUTRAJAYA: Tun Dr Mahathir Mohamad berkata Kabinet belum membuat sebarang keputusan berkenaan tawaran kerajaan untuk mengambil alih konsesi tol daripada Gamuda Berhad (GAMUDA).

Perdana Menteri berkata demikian ketika ditanya perkembangan tawaran pengambilalihan berkenaan.

“Belum ada apa-apa keputusan,” katanya kepada pemberita selepas ucaptama pada Persidangan Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) 2019 di sini, hari ini.

Pada 23 Februari lalu, Dr Mahathir Mohamad mengumumkan cadangan untuk mengambil alih empat konsesi lebuh raya bertol di mana syarikat GAMUDA mempunyai kepentingan dalam syarikat berkenaan.

Empat lebuh raya yang terbabit ialah Lebuhraya Damansara Puchong (LDP), Sistem Penyuraian Trafik KL Barat (SPRINT), Lebuhraya Shah Alam (KESAS) dan Terowong SMART (SMART).

Hasil daripada usaha rundingan dengan pihak GAMUDA, Kementerian Kewangan memberikan tawaran rasmi pada 21 Jun lalu kepada keempat-empat syarikat konsesi membabitkan nilai RM6.2 bilion.

176 dibaca
Berita Harian X