Rabu, 26 Jun 2019 | 11:18am
Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, berkesempatan turun dari kenderaan rasmi baginda untuk memberi bantuan kepada mangsa kemalangan di lorong kiri susur Persiaran Barat/Lebuh Sentosa, di sini, hari ini.

Agong bantu mangsa kemalangan

PUTRAJAYA: Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, berkesempatan turun dari kenderaan rasmi baginda untuk memberi bantuan kepada mangsa kemalangan di lorong kiri susur Persiaran Barat/Lebuh Sentosa, di sini, hari ini.

Perkara itu dikongsikan melalui paparan laman sosial rasmi Istana Negara kira-kira jam 8 pagi dan setakat jam 11 pagi tadi, ia mendapat sebanyak 5,427 ‘like’ serta 248 komen.

Berdasarkan tiga gambar disertakan, Al-Sultan Abdullah yang berpakaian sut hitam bertanyakan sesuatu kepada pemandu kereta jenis Perodua Alza, Jasliza Jamil, 38, yang dilihat tidak mengalami kecederaan serius tetapi dalam keadaan terkejut.

Baginda kemudian meneruskan perjalanan untuk menghadiri Mesyuarat Pra-Kabinet dengan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, di Istana Melawati, di sini.


Paparan laman sosial rasmi Istana Negara kira-kira jam 8 pagi dan setakat jam 11 pagi tadi, ia mendapat sebanyak 5,427 ‘like’ serta 248 komen.Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, berkesempatan turun dari kenderaan rasmi baginda untuk memberi bantuan kepada mangsa kemalangan di lorong kiri susur Persiaran Barat/Lebuh Sentosa, di sini, hari ini.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner Rosly Hassan, ketika dihubungi berkata kejadian berlaku kira-kira jam 7.20 pagi ketika mangsa yang memandu di lorong kiri dari Gombak dalam perjalanan ke pejabatnya di Presint 2.

“Kemalangan berlaku ketika hujan dengan keadaan jalan basah dan licin. Kereta mangsa hilang kawalan lalu terbabas dan melanggar besi penghadang jalan sebelum naik ke pembahagi jalan sebelah kanan.

“Tidak lama kemudian, konvoi Yang di-Pertuan Agong melalui lokasi kejadian.

“Baginda turun untuk melihat dan bertanyakan keadaan mangsa selama beberapa minit sebelum Tuanku meneruskan perjalanan ke Istana Melawati,” katanya.

2700 dibaca
Berita Harian X