Ahad, 9 Jun 2019 | 12:02am
KEADAAN trafik perlahan menghala ke Selatan manakala trafik lancar menghala ke Utara ketika tinjauan di Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) berhampiran Plaza Tol Seremban. - NSTP/Adzlan Sidek

Aliran trafik lebuh raya utama perlahan

KUALA LUMPUR: Aliran trafik lebuh raya utama dilaporkan perlahan setakat pukul 10 malam ini susulan cuti Aidilfitri dan sesi persekolahan sudah sampai ke penghujung minggu ini.

Jurucakap PLUS Malaysia Berhad, ketika dihubungi, berkata trafik arah utara dilaporkan perlahan dari Ipoh ke hentian sebelah Simpang Pulai, Gopeng ke Sungkai dan Lembah Beringin menuju Bukit Tagar berikutan kemalangan di Kilometer (KM) 418.5.

“Selain itu, aliran trafik tinggi direkod dari Pendang ke Sungai Petani, Bukit Merah ke Taiping dan Taiping menuju ke hentian Rawat dan Rehat(R&R) Sungai Perak,” katanya.

Bagi arah selatan pula, menurutnya trafik perlahan dari Simpang Ampat ke Seremban, Bukit Gambir ke Ayer Keroh, Ayer Hitam ke Sedenak, Sedenak ke Simpang Renggam dan di Bangunan Sultan Iskandar dari Singapura menuju Malaysia.

Dari arah timur, jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia, berkata aliran trafik tinggi di laluan Kuala Lumpur- Karak (KLK) dari Persimpangan Karak menuju Lentang dan Genting Sempah ke Plaza Tol Gombak.

Kesesakan turut dikesan di Lebuhraya Pantai Timur 1 (LPT1) sepanjang kira-kira 9.5 kilometer selepas Lanchang menuju persimpangan Karak manakala di LPT2 di laluan masuk Plaza Tol Kuala Terengganu dari arah pusat bandar.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi talian bebas tol Plusline di 1-800-88-0000 dan laman Twitter di www.twitter.com/plustrafik atau talian LLM di 1-800-88-7752 serta laman Twitter di www.twitter.com/llminfotrafik. – BERNAMA

1607 dibaca
Berita Harian X