Sabtu, 25 Mei 2019 | 4:41pm
PENGARANG Eksekutif Berita Harian, Datuk Ahmad Zaini Kamaruzzaman (kiri) dan Ketua Pegawai Eksekutif BIMB Holdings, Mohd Muazzam Mohamed (dua dari kanan) menyampaikan sumbangan kepada warga emas, Ismail Sontel, 77, (dua dari kiri) yang menderita penyakit saraf ketika sesi ziarah ke rumah golongan asnaf di Kampung Hilir, Kuala Sungai Baru sempena Program Semarak Ramadan anjuran BIMB Holdings Berhad dan Berita Harian. - Foto Khairunisah Lokman
PENDUDUK menyediakan bubur lambuk pada Program Semarak Ramadan anjuran BIMB Holdings Berhad dan Berita Harian di Masjid Al Hasaniah, Kampung Permatang, Kuala Sungai Baru. - Foto Khairunisah Lokman

Warga emas titis air mata terima kunjungan BHB, BH

ALOR GAJAH: Warga emas, Ismail Sontel, 77, mengalirkan air mata ketika menerima kunjungan warga BIMB Holdings Berhad (BHB) dan Berita Harian (BH), hari ini.

Beliau yang tidak mampu bergerak akibat masalah saraf selepas kemalangan dan kini berhadapan masalah penglihatan, menetap bersama anak dan menantu serta cucu di Kampung Hilir, di sini.

Warga emas itu menerima kunjungan warga BHB dan BH diketuai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) BHB yang juga CEO Bank Islam, Mohd Muazzam Mohamed serta Pengarang Eksekutif, Komersial dan Ehwal Semasa BH, Datuk Ahmad Zaini Kamaruzzaman, yang turun padang menyantuni warga uzur dan menyampaikan bantuan wang tunai kepada golongan itu sempena

Program Semarak Ramadan BH bersama BHB di Kuala Sungai Baru, di sini.

Mereka turut menyampaikan barangan keperluan harian, termasuk beras sumbangan Padiberas Nasional Berhad (BERNAS).


PENGARANG Eksekutif Berita Harian, Datuk Ahmad Zaini Kamaruzzaman (kiri) dan Ketua Pegawai Eksekutif BIMB Holdings, Mohd Muazzam Mohamed (dua dari kiri) meluangkan masa beramah mesra dengan warga emas yang uzur, Adnan Budin, 87, (kanan) ketika sesi ziarah ke rumah golongan asnaf di Kampung Permatang, Kuala Sungai Baru sempena Program Semarak Ramadan anjuran BIMB Holdings Berhad dan Berita Harian. - Foto Khairunisah Lokman

Rombongan BHB dan BH turut menziarahi Adnan Budin, 87, yang dikenali sebagai ‘Nan Perahu’ dan pesakit kencing manis kronik, Zaniah Ani, 65, serta Baharom Said, 68, bekas penghidap barah saraf dan angin ahmar.

Rombongan turut menyantuni seorang pemuda orang kurang upaya (OKU), Fairus Affendy, 34, di kawasan terbabit.


AHMAD Zaini (kanan) dan Mohd Muazzam (kiri) menyampaikan sumbangan kepada penghidap 'Sindrom Down', Fairus Affendy (terbaring) ketika sesi ziarah ke rumah golongan asnaf di Kampung Permatang, Kuala Sungai Baru. NSTP/Khairunisah Lokman


PENGARANG Komersial dan Ehwal Semasa BH, Salina Abdullah (kiri) meluangkan masa beramah mesra dengan penghidap kencing manis kronik, Zaniah Ani, 65, (tengah) ketika sesi ziarah ke rumah golongan asnaf di Kampung Permatang, Kuala Sungai Baru. NSTP/Khairunisah Lokman

Sementara itu, Zaniah bersyukur dan berterima kasih kepada BHB dan BH kerana prihatin terhadap keadaannya.

“Terima kasih kerana sudi menziarahi saya dan beri macam-macam bantuan. Saya amat terharu,” katanya sambil menjemput semua yang mengunjunginya untuk datang beraya di rumahnya nanti.


AHMAD Zaini (kiri) dan Mohd Muazzam (kanan) menyampaikan sumbangan kepada bekas pesakit barah saraf, Baharom Syed, 68, (tengah) ketika sesi ziarah ke rumah golongan asnaf di Kampung Permatang, Kuala Sungai Baru. NSTP/Khairunisah Lokman


KETUA Pegawai Eksekutif BIMB Holdings, Mohd Muazzam Mohamed (tiga dari kiri) dan Pengarang Eksekutif Berita Harian, Datuk Ahmad Zaini Kamaruzzaman (tiga dari kanan) bersama penduduk dan kakitangan BIMB Holdings memasak kari kerbau pada Program Semarak Ramadan anjuran BIMB Holdings Berhad dan Berita Harian di Masjid Al Hasaniah, Kampung Permatang, Kuala Sungai Baru. - Foto Khairunisah Lokman

Program Semarak Ramadan BH bersama BHB di Kuala Sungai Baru, hari ini, adalah program terakhir daripada enam siri jelajah Semarak Ramadan BH, tahun ini.

Selain Kuala Sungai Baru, BHB dan BH menyantuni anggota bomba pada program yang berlangsung di Balai Bomba Seksyen 15, Shah Alam, Selangor.

Berita Harian X