Jumaat, 17 Mei 2019 | 2:29pm

Insentif pengeluaran getah bagi April diaktifkan

KUALA LUMPUR: Lembaga Getah Malaysia (LGM) mengumumkan bahawa Insentif Pengeluaran Getah (IPG) bagi April 2019 telah diaktifkan.

LGM memaklumkan bayaran IPG bagi Semenanjung ialah 15 sen sekilogram manakala Sabah dan Sarawak, masing-masing pada 45 sen sekilogram dan 35 sen sekilogram.

“Pekebun kecil boleh membuat tuntutan IPG berdasarkan kepada pengeluaran April 2019 mulai 1 Mei lalu hingga 31 Mei lalu,” kata LGM dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut LGM, IPG akan diaktifkan sekiranya harga purata bulanan SMR 20 FOB (Percuma Atas Kapal) berada pada paras RM6.10 sekilogram atau harga di peringkat ladang berada di paras RM2.50 sekilogram ke bawah.

Harga purata peringkat ladang bagi getah beku pada April di Semenanjung ialah RM 2.35 sekilogram, Sabah RM 2.05 sekilogram dan Sarawak pada RM 2.15 sekilogram. - BERNAMA

Berita Harian X