Sabtu, 30 March 2019 | 11:40am
PRESIDEN PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim bergambar bersama calon Pakatan Harapan, Dr S Streram pada hari penamaan calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau di Dewan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Sri Sendayan. - Foto Iqmal Haqim Rosman

Saya akan turun banyak kali - Anwar

REMBAU: Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyuarakan janji akan sentiasa turun padang sepanjang kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau.

Beliau berkata, kemenangan bagi PRK ketujuh sejak Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) pada 9 Mei lalu itu harus berpihak kepada Pakatan Harapan (PH) menerusi calon yang dipertaruhkan, Dr S Streram.

Katanya, percaturan untuk menurunkan pakar bius itu sekali lagi pada PRK DUN Rantau, selepas dinafikan hak bertanding pada 9 Mei lalu adalah kerana Timbalan Ketua PKR Cabang Rantau berkenaan individu paling layak.

“Lawa tiada, manis ada. Seorang yang layak dan bekerja untuk Melayu, Cina serta India. Saya ucapkan terima kasih pada yang hadir.

“Tetapi setiap orang mesti bekerja untuk pastikan semua keluar mengundi supaya kita menang (PRK DUN Rantau).

“Saya akan datang banyak-banyak kali, ‘nadrey vanakam’ (salam sejahtera, terima kasih),” katanya dalam ucapan ringkas sebaik proses penamaan calon tamat, hari ini.

1527 dibaca
Berita Harian X