Ahad, 17 March 2019 | 11:54am

Mangsa tembakan di masjid New Zealand akan jalani pembedahan susulan

GEORGETOWN: Mangsa serangan ganas tembakan di dua masjid di Christchurch, New Zealand, kelmarin, Rahimi Ahmad dan Mohd Tarmizi Shuib, akan menjalani pembedahan susulan.

Rahimi, 39, yang masih bergantung pada mesin pernafasan dan ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Christchurch, dijangka menjalani pembedahan susulan bagi mengeluarkan sisa peluru, esok.

Mohd Tarmizi, 42, yang cedera di bahagian belakang badan dijangka turut menjalani pembedahan sama, manakala seorang lagi mangsa, Nazril Omar yang cedera di kaki dan belakang badan pula dilaporkan stabil.


PEMBANTU stor Danial Abdullah Tan, 31, yang lebih dikenali sebagai 'Abang Botak' dibebaskan sementara daripada menjalani hukuman penjara selama 12 bulan.

Perkara itu dimaklumkan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bayan Lepas, Azrul Mahathir Aziz yang melawat semua mangsa terbabit di Hospital Christchurch, kira-kira jam 6 pagi tadi (waktu tempatan).

“Perkembangan ini diterima hasil perbincangan bersama pihak hospital. Bagaimanapun, anak Mohd Tarmizi, Mohd Haziq, 17, masih belum ditemui.

“Rakyat Malaysia dimohon untuk terus berdoa agar semua mangsa segera sembuh,” katanya dalam pesanan audio dihantar melalui aplikasi WhatsApp, sebentar tadi.

Terdahulu, ibu dan abang kepada Rahimi dengan diiringi EXCO Kebajikan, Alam Sekitar dan Masyarakat Penyayang negeri, Phee Boon Poh, serta Azrul Mahathir, tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Christchurch (CIA), kira-kira jam 5 pagi tadi (waktu tempatan).

Rokiah Mohammad, 65, dan Roshidi, 42, bersama Boon Poh serta Azrul Mahathir kemudian dibawa ke Hospital Christchurch sejurus tiba di CIA.

2974 dibaca
KEADAAN Rahimi Ahmad yang bergantung pada mesin pernafasan dan dirawat di Unit Rawatan Rapi, Hospital Christchurch, New Zealand. - Foto IHSAN Phee Boon Poh & ADUN Bayan Lepas.
Berita Harian X